fbpx
Azmir (kanan) bersama Melati bergambar selepas melancarkan Prosperity Di Atas Awan di KL Tower. Foto FARIZ RUSADIO /KOSMO!

Setiap Prosperity Burger, 20 sen untuk kanak-kanak RMHC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – McDonald’s Malaysia akan menyumbang 20 sen kepada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) bagi setiap pembelian set Prosperity Burger bermula 20 November hingga 31 Disember ini.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, setiap sumbangan itu akan disalurkan terus bagi menyokong program-program RMHC, termasuk Rumah Ronald McDonald yang menyediakan penginapan kepada keluarga pesakit pediatrik sedang mendapatkan rawatan.

Melati berucap pada majlis pelancaran Prosperity Di Atas Awan di KL Tower. Foto FARIZ RUSADIO / KOSMO!

Selain itu, sumbangan itu juga akan disalurkan kepada program Gift of Smile (pembedahan sumbing bibir dan lelangit), Back-to-School (kelengkapan sekolah untuk kanak-kanak kurang berkemampuan), serta Sensory Rooms (ruang terapi untuk kanak-kanak berkeperluan khas).

“Prosperity’ tidak bermakna jika tidak dikongsi. Justeru,selaras dengan tema tahun ini, ‘Prosperity Kembali, Lebih Bererti’, kami berbesar hati untuk bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang menggemari Prosperity Burger untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

“Semasa anda menikmati set Prosperity, anda juga membantu RMHC dan mengubah kehidupan kanak-kanak yang memerlukan di seluruh Malaysia,” katanya semasa melancarkan majlis Prosperity Di Atas Awan di KL Tower di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar.

Azmir (empat kanan) bersama Melati (tengah) bergambar selepas melancarkan Prosperity Di Atas Awan di KL Tower. Foto FARIZ RUSADIO / KOSMO!

Melati berkata, Prosperity Burger telah menjadi satu tradisi yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia di mana ia bukan sekadar satu hidangan malah melambangkan harapan, kebersamaan dan kenangan yang dikongsi bersama.

“Setiap tahun, rakyat Malaysia dari pelbagai latarbelakang, terutamanya keluarga dan rakan-rakan, akan sama-sama berkongsi momen istimewa sambil menikmati Prosperity Burger.

“Kami sentiasa teruja untuk membawa kembali Prosperity Burger, namun tahun ini lebih Istimewa lagi kerana kami memanfaatkan tradisi kesayangan ini untuk menyantuni kanak-kanak yang memerlukan, menerusibadan amal pilihan kami, RMHC,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI