fbpx
SEEKOR ikan patin gergasi ditangkap sekumpulan pemancing Thailand. - Foto Tangkap Layar/Newsflare

Nelayan naikkan ‘raksasa’ Mekong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sekumpulan nelayan menaikkan seekor ikan patin Mekong seberat 200 kilogram semasa aktiviti menangkap hidupan air tawar di wilayah Khon Kaen, Thailand, lapor portal berita VnExpress.

Lima nelayan berjaya menaikkan seekor patin dengan menggunakan pukat di Empangan Ubol Ratana, Khon Kaen, baru-baru ini. 

Satu rakaman video menunjukkan mereka menarik ikan itu keluar dari air, demikian menurut portal berita video Newsflare.

Tiga patin gergasi Mekong dengan berat antara 50 kilogram hingga 200 kilogram turut ditangkap tetapi diambil oleh Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Ikan Air Tawar Khon Kaen untuk tujuan pembiakan.

Pengarah pusat berkenaan, Somsak Thonghul berkata: “Pihak empangan menutup pintu limpahan untuk mengumpulkan ikan yang terperangkap supaya dapat dilepaskan semula ke Sungai Phong untuk membesar serta membiak di habitat liar.”

Beliau berkata, spesies jarang dan hampir pupus itu diletakkan di dalam kolam untuk kajian dengan matlamat membangunkan kaedah pembiakan sebelum melepaskan semula ke habitat asal. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI