GUGUSAN terumbu karang ini merupakan antara struktur terluas di Malaysia, malah antara yang terbesar di rantau Asia Tenggara. Luconia terbahagi kepada dua bahagian iaitu North Luconia dan South Luconia. Kedua-duanya terdapat struktur karang, puncak tukun semula jadi serta kawasan cerunan dalam yang menjadi habitat pelbagai spesies ikan marin. Dari sudut sukan memancing, Luconia dianggap sebagai ‘syurga’ bagi kaki pancing laut dalam. Spesies ikan seperti tuna sirip kuning, tuna gigi anjing, gerepoh, aji-aji, wahoo dan sebagainya sering menjadi buruan utama pengunjung. ……















