CANBERRA – Seorang lelaki di Australia menjadi perhatian ramai apabila bergelar bapa pada usia 92 tahun, lapor portal berita Mothership hari ini.
John Levin yang merupakan seorang doktor pakar antipenuaan, mendapat cahaya mata pada awal tahun lepas.
Dia dan isterinya, Lu Yanying, 37, berkahwin pada 2014 di Las Vegas, Amerika Syarikat selepas isteri pertamanya meninggal dunia.
Selepas mendapat cahaya mata menerusi kaedah persenyawaan in-vitro (IVF), Levin brkata, dia dan isterinya berharap untuk melahirkan lebih ramai anak.
Dalam temu bual dengan media baru-baru ini, Levin berkata, dia menjalani rejim antipenuaan termasuk bersenam di gimnasium setiap hari dan belajar selama dua jam sebelum bekerja, selain turut mengambil beberapa jenis vitamin dan makanan tambahan.
Levin turut berkongsikan perasaan menjadi seorang bapa pada perkahwinan pertamanya dahulu setelah mempunyai anak pertama sekitar tahun 1970-an ketika berusia 28 tahun.
“Semuanya sangat berbeza sekarang,” katanya kepada akhbar Herald Sun.
Levin mempunyai tiga orang anak lain yang berusia 60-an hasil daripada perkahwinan pertamanya. – AGENSI















