fbpx
Papan tanda kawasan obor-obor telah dipasang sejak Khamis lalu di Pantai Chenang, Langkawi.

APM pasang papan tanda amaran ubur-ubur di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memasang papan tanda amaran bagi mengingatkan pengunjung mengenai kehadiran ubur-ubur di sekitar pantai-pantai tumpuan pelancong di sini.

Pegawai Pertahanan Awam Langkawi, Kapten (PA) Khairul Afzan Md. Yasin berkata, papan tanda tersebut dipasang di Pantai Chenang sejak Khamis minggu lepas, selepas cuaca buruk melanda kawasan tersebut.

“Faktor ribut yang melanda Pantai Chenang baru-baru ini juga mungkin menjadi faktor yang membawa kepada kehadiran ubur-ubur kotak di pantai.

“Sepanjang tahun ini, hanya 22 kes sengatan ubur-ubur direkodkan hingga Oktober dan kes ubur-ubur kotak baru-baru ini adalah satu-satunya kes yang dilaporkan sepanjang bulan ini,” katanya di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan, anggota penyelamat pantai APM juga akan meningkatkan rondaan dan membuat hebahan kepada orang ramai secara berkala bagi berwaspada dengan kehadiran obor-obor tersebut.

Katanya, kes ubur-ubur kotak yang meragut nyawa kanak-kanak warga Russia baru-baru ini adalah kes pertama melibatkan ubur-ubur jenis tersebut.

Pada tahun lalu, menara penyelamat Pantai Chenang merekodkan 47 kes sengatan ubur-ubur, tetapi tiada kes ubur-ubur kotak dilaporkan.

Tinjauan di Pantai Chenang, di sini mendapati pantai tersebut masih dikunjungi pelancong walaupun cuaca mendung.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI