LIPIS – Walaupun hanya beroperasi di Kampung Ganding, Mukim Cheka yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Lipis, namun kedai makan milik Hasnah Budin, 66, tetap menjadi tumpuan pencinta masakan tradisional terutama gulai tempoyak ikan sungai. Hasnah yang sudah 30 tahun berniaga berkata, menu utama di kedainya ialah ikan kenerak masak tempoyak yang kini semakin mendapat permintaan tinggi biarpun bekalannya semakin berkurangan. “Kalau dulu kenerak ini senang dapat, tetapi sejak akhir-akhir ini memang susah betul dicari. Bukan sahaja kenerak, malah……















