fbpx
Gambar hiasan.

Jeti LKIM tidak boleh disewa kepada pihak lain, elak monopoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tidak membenarkan mana-mana pihak untuk memonopoli sebarang kemudahan jeti pendaratan seperti memberi sewa kepada pihak swasta.

Menterinya, Datuk Seri Mohammad Sabu berkata, langkah tersebut memastikan kepenggunaan jeti pendaratan ikan LKIM dapat dinikmati oleh semua nelayan setempat secara saksama.

Malah katanya, pihaknya turut mengadakan satu mekanisme pemantauan antara LKIM negeri, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan pihak berkuasa tempatan.

“Ia bagi mengesan serta mengambil tindakan segera terhadap sebarang aduan berhubung penguasaan atau amalan yang menekan perusahaan kecil.

“Buat masa ini, mekanisme pemantauan sedia ada dilihat sebagai langkah yang lebih praktikal dan cepat untuk dilaksanakan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaaan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN- Tanjung Piai) tentang langkah kementerian bagi memastikan jeti Lembaga LKIM diurus tadbir secara telus dan inklusif supaya ia tidak dimonopoli pihak tertentu.

Tambah beliau, semua pengurusan serta pengoperasian kompleks serta labuhan itu adalah berdasarkan kepada Kaedah-Kaedah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan dan Jeti Pendaratan Ikan) tahun 2010 yang menetapkan kadar caj yang dikenakan.

“Penyewaan lot-lot premis dan penggunaan kemudahan di kompleks atau labuhan itu juga terbuka kepada pelabur dan pemain industri perikanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN