fbpx
Anwar ketika berkunjung ke Muzium Kemenangan Adwa.

Anwar mula acara rasmi berkunjung ke Muzium Kemenangan Adwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan acara rasmi di Addis Ababa dengan berkunjung ke Muzium Kemenangan Adwa (Adwa Victory Memorial Museum) pagi tadi.

Anwar dalam satu hantaran di laman X berkata, muzium yang sangat menakjubkan itu mengabdikan pelbagai artifak sejarah dan lukisan yang menelusuri dengan terperinci catatan sejarah, martabat, keberanian dan keteguhan rakyat Ethiopia saat berdepan dengan kuasa imperialis Itali dalam Pertempuran Adwa 1896.

“Ia tidak hanya mercu kejayaan rakyat dan tentera Ethiopia, tetapi menjadi simbol tegas penolakan terhadap imperalisme yang dihadapkan ke atas benua Afrik,” katanya di sini hari ini.

Anwa berkata, kemenangan di Adwa menjadi petunjuk nyata serta menginspirasikan keyakinan dan sumber kekuatan kepada pelbagai gerakan kemerdekaan selepasnya yang bercambah dan melata secara menyeluruh ke seluruh benua Afrika.

“Salut saya kepada Ethiopia kerana punyai kemampuan yang teguh dalam mengangkat nilai dan pembudayaan sejarah yang serius dan mantap untuk dunia seluruhnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI