fbpx
HAALAND berjaya meledak dua gol ketika membantu Norway membenam Itali untuk mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Dunia. - AFP

WCQ: Norway tamatkan penantian panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MILAN – Norway mengakhiri badi 28 tahun untuk layak ke Piala Dunia selepas menewaskan pasukan pilihan, Itali 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan G saingan kelayakan Piala Dunia 2026 awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium San Siro itu, Norway selaku pasukan pelawat bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk melakar kemenangan bergaya hasil jaringan berganda Erling Haaland, Antonio Nusa dan Jorgen Strand-Larsen.

Pengendali Norway, Stale Solbakken mengakui gembira pasukannya berjaya melakar kejutan dengan menyingkirkan juara dunia empat kali seperti Itali yang dianggap pilihan untuk menjuarai saingan Kumpulan G kali ini.

“Ketika saya melihat undian kelayakan, saya rasa kita diundi dalam kumpulan maut dan Itali pasti layak dengan mudah. Namun, pemain telah buktikan sebaliknya apabila memberikan seratus peratus pada setiap aksi kelayakan.

“Kita juga bertuah ada Haaland yang menjadi mesin gol pasukan. Saya tidak terkejut apabila prestasi positif yang dipamerkannya turut mendapat sorakan penyokong tuan rumah kerana bukan mudah untuk menang 4-1 di sini,” katanya.

Sementara itu, Haaland yang menjaringkan 16 gol keseluruhan pada kempen kelayakan zon Eropah mengakui sangat bangga apabila dapat beraksi di kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu tahun depan.

“Saya hanya cuba untuk membantu pasukan dengan menyudahkan peluang terhidang dengan baik. Ini bukan tentang saya sahaja kerana kita juga ada beberapa pemain muda yang menyinar seperti Nusa dan Oscar Bobb,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN