fbpx
FARHAN dan Syazwina bergambar bersama anak sulung dan PhD yang diperolehi mereka pada Majlis Konvokesyen Ke-69 UTM di Skudai kelmarin.

Suami dapat PhD Kejuruteraan, isteri genggam PhD Psikologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang masih dalam berpantang merakam detik manis apabila dia dan suami berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen ke-69 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kelmarin.

Dr. Syazwina Muhammad Khir, 28, dan suaminya, Dr. Farhan Mohd. Pauzi, 27, antara 732 gra­duan PhD yang diraikan selepas berjaya menamatkan pengajian di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Skudai di sini.

Mereka menjadi tumpuan pada Istiadat Konvokesyen UTM Ke-69 apabila kedua-duanya naik ke pentas dalam suasana penuh emosi dan meruntum jiwa apabila Syazwina menggagahkan diri untuk naik ke pentas menerima PhD dalam bidang Psikologi.

Farhan mula meraih PhD da­lam bidang Kejuruteraan Awam (Persekitaran).

Syazwina ketika ditemui me­ngakui tertekan ketika menyiap­kan pembetulan tesis ketika ha­mil dua bulan di saat emosinya sering terganggu dan dilanda alahan.

“Untuk datang hari ini (kelmarin), saya akui masih penat sebab letih dan sakit berpantang masih belum hilang tapi saya tak sanggup lepaskan peluang ini.

“Ini impian saya sejak dulu, dari saya bertungkus-lumus menyiapkan tesis sampailah saat ini (menerima PhD),” katanya.

Sementara itu, Farhan yang merupakan anak jati Terengganu itu kini bekerja sebagai pengurus di sebuah kafe di UTM, Skudai berkata, cinta mereka berputik ketika masing-masing sedang mengikuti pengajian dalam bidang masing-masing dan pertemuan pada jamuan hari raya sekitar tahun 2023 merubah segala kehidupan mereka.

“Tanpa skrip, tanpa ayat berbunga, Syazwina tiba-tiba melontarkan soalan yang membuat saya terpaku, dia tanya, awak nak kahwin dengan saya ke?” katanya.

Jawapan berseloroh itu ­akhir­nya membawa mereka ke pertunangan pada November dan seterusnya ke jinjang pe­lamin pada 27 April 2024.

Kini, kelahiran anak sulung mereka, Maleek Addam, mengubah hidup pasangan ini tetapi tidak memadamkan cita-cita.

Syazwina berhasrat meneruskan kepakaran dalam bidang psikologi, manakala Farhan ma­hu melangkah lebih jauh dalam dunia penyelidikan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN