fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir di KL, Selangor dan Pahang pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan empat negeri sehingga pukul 11 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak dilanda cuaca buruk.

“Bagi Perak elibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang hanya tertumpu dekat kawasan Bentong.

“Di Selangor, hujan diramal berlaku di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat termasuk seluruh Kuala Lumpur,” katanya hari ini.

Selain itu, di Negeri Sembilan ialah Jelebu manakala, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Subis) di Sarawak terjejas dalam cuaca buruk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN