fbpx
Antara warga asing yang ditahan imigresen dalam satu serbuan di sebuh premis Taman Miharja di Kuala Lumpur semalam.

Premis tawar urut serendah RM200 di Taman Miharja diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Sebuah premis yang menawarkan perkhidmatan urutan badan dan ‘seks songsang’ dengan menyasarkan pelanggan lelaki asing di Taman Miharja, Kuala Lumpur diserbu Jabatan Imigresen semalam.

Dalam serbuan itu, seramai 15 warga Myanmar dan masing-masing seorang lelaki Vietnam dan India berusia 18 hingga 39 tahun ditahan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu, pasukan operasi digerakkan ke lokasi dan menahan seorang lelaki Myanmar dipercayai penjaga premis.

“Pemeriksaan mendapati warga India memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dalam sektor pembinaan, manakala warga Myanmar memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS).

“Dua lelaki Myanmar dan seorang lelaki Vietnam tinggal lebih masa, manakala 13 lagi lelaki Myanmar tiada dokumen perjalanan atau pas yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Katanya, kegiatan tersebut menggunakan media sosial seperti Telegram dan WhatsApp untuk mempromosikan perkhidmatan mereka.

“Bayaran yang dikenakan sebanyak RM200 hingga RM800 bagi setiap perkhidmatan dan dibayar secara online. Kegiatan ini dipercayai beroperasi sejak enam bulan lalu,” katanya.

Seramai 13 lelaki Myanmar ditahan di bawah Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63, manakala dua lelaki Myanmar dan warga Vietnam ditahan mengikut Seksyen 6(3) akta sama. Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.

“Seorang lelaki tempatan diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI