fbpx
Kon Yeow (kanan) ketika hadir ke majlis pelancaran ePINTAS-SEHAP di DUN Pulau Pinang, hari ini.

P. Pinang pantau kes denggi melalui ePINTAS–SEHAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkukuhkan usaha mengekang kes denggi dengan melancarkan kaedah pemantauan bersepadu melalui aplikasi sistem online, Penang Information And Complaints System (ePINTAS)-State Environmental Health Action Plan (SEHAP) atau ePINTAS-SEHAP.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata, program itu diwujudkan bagi memperkukuhkan kerjasama antara agensi kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan dalam menangani isu kesihatan alam sekitar secara menyeluruh.

Katanya, aplikasi ePINTAS–SEHAP membolehkan pengesanan kes dijalankan lebih pantas dengan data dikemas kini secara langsung di peringkat negeri, daerah dan pihak berkuasa tempatan.

“Hasil integrasi ini bukan sahaja memperkemas aliran kerja antara agensi, malah mewujudkan sebuah sistem pemantauan yang lebih cekap dan responsif serta melalui aplikasi tersebut.

“Selain itu proses pengesanan kes dapat dilaksanakan dengan jauh lebih pantas. Inisiatif itu juga menjimatkan kos kerajaan sebanyak RM170,000 setahun dengan penggunaan aplikasi sedia ada digabungkan dengan modul baharu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran ePINTAS SEHAP di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI