fbpx
Meskipun bola sepak negara dilanda konflik bersama FIFA, peminat setia Harimau Malaya masih setia untuk menyokong pasukan, malam ini. - Foto oleh MOHD. IQBAL ROSLI/KOSMO!

Masih ada yang sayangkan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hukuman yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) seakan beri impak kepada minat penyokong untuk hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal, malam ini.

Suasana di perkarangan stadium agak lengang berbanding kebiasaan namun masih ada kelompok penyokong yang menzahirkan rasa sayang terhadap Harimau Malaya.

Peminat, Arif Soib berkata tidak boleh dinafikan isu pemalsuan dokumen beri kesan kepada emosi penyokong namun Harimau Malaya tidak boleh dibiarkan berkeseorangan khususnya ketika situasi sukar.

“Memang kecewa sebab Malaysia sedang berada dalam momentum baik, tiba tiba timbul isu begini. Tapi biarlah pihak berkaitan selesaikan. Tugas kami adalah terus memberi sokongan,” katanya.

Arif Soib bersama dua rakannya, Iman Najmi dan Iqbal Mohamad sanggup mengharungi perjalanan sejauh 100 kilometer (km) menaiki motosikal dari Tanjung Karang ke Bukit Jalil.

Sebelum ini, Jawatankuasa Rayuan FIFA mengekalkan hukuman berat yang dikenakan terhadap badan induk bola sepak negara dan tujuh pemain terbabit yang memalsukan dokumen bagi menyarung jersi Harimau Malaya.

Tujuh pemain iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazwbal dan Hector Hevel

Hari ini, FIFA menerusi laporan setebal 63 muka surat mendedahkan secara terperinci alasan menolak rayuan yang dikemukakan oleh FAM dan tujuh pemain berkenaan. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI