fbpx
HANTARAN di Instagram milik Nur Fatihah pada 5 November lalu mengundang sebak sebelum maut bersama suaminya dalam nahas petang kelmarin.

Kenangan terakhir buat Laylaa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Hantaran Instagram yang dibuat naik seorang ibu muda, Nur Fatihah Othman, 28, yang terkorban dalam nahas bersama suaminya di Kilometer 54.5 Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi, petang kelmarin menjadi wasiat terakhir untuk tatapan anak tercinta.

Posting yang dimuat naik Nur Fatihah pada 5 November lalu yang berbunyi ‘Kenangan Terakhir untuk Laylaa’ memaparkan gambarnya bersama suami, Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24, dan anak mereka, Nur Laylaa Batrysha.

Hantaran itu memaparkan detik bahagia mereka bertiga melemparkan senyuman lembut ibu muda itu, renungan penuh kasih suaminya serta tawa kecil bayi mereka seolah-olah mengabadikan saat terakhir keluarga ini sebelum tragedi meragut segalanya hanya dalam tempoh 11 hari.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, kereta Perodua Myvi dipandu suami mangsa, Muhamad Lokmanorhakim dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung kuat dengan sebuah lori sawit tanpa muatan.

Impak perlanggaran itu menyebabkan pasangan terbabit yang duduk di bahagian pemandu dan penumpang hadapan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi, meninggalkan suasana sayu di kawasan kejadian.

Lebih menyayat hati, bayi mereka yang hanya berusia enam bulan ditemui dalam ‘carseat’ di bahagian belakang dengan tangisan perlahan, terselamat namun turut mengalami kecederaan di kepala. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI