fbpx
Tangkap layar siri kartun tersebut yang disiarkan di saluran RTM.

RTM henti siaran ‘Santiago of the Seas’ selepas episod didakwa miliki unsur LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Siaran siri animasi Santiago of the Seas episod 22 dihentikan sementara bagi menjalani penilaian penuh susulan dakwaan kewujudan unsur Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dalam kandungan berkenaan.

Jabatan Penyiaran (RTM) dalam kenyataan berkata berdasarkan laporan penilaian kandungan dan semakan yang telah dilaksanakan, tiada perlakuan atau kemesraan yang menggambarkan hubungan pasangan sejenis, mahupun sebarang elemen yang menjurus ke arah itu.

“Namun, bagi memastikan tiada elemen yang boleh menimbulkan keraguan atau sensitiviti masyarakat, RTM telah menghentikan siaran animasi berkenaan untuk membuat penelitian lanjut keseluruhan kandungan siri tersebut.

“RTM kekal komited untuk memastikan semua kandungan yang disiarkan mematuhi etika penyiaran dan tidak menimbulkan ketidaksenangan mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RTM turut menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi tidak wajar serta menasihatkan orang ramai merujuk terus kepada jabatan tersebut untuk mendapatkan maklumat sahih.

Terdahulu, tular di media sosial apabila orang ramai memuat naik beberapa tangkap layar daripada episod kartun itu yang didakwa memaparkan elemen hubungan songsang.

Perkara tersevut sekali gus mencetuskan kebimbangan dan perdebatan dalam kalangan ibu bapa serta pengguna media sosial yang menggesa agar pihak televisyen lebih cakna dalam pemilihan rancangan selepas ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN