fbpx
Warga emas tersebut ditahan kerana menggunakan wang palsu. - Instagram

Nenek 70 tahun ‘kantoi’ beli sayur guna wang palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang warga emas berusia 70 tahun ditahan kerana menggunakan wang palsu ketika membeli pelbagai jenis sayur di sebuah pasar di Kebon Jeruk, Jakarta Barat, lapor laman berita Kompas.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kebon Jeruk, AKP Ganda Jaya Sibarani berkata, pegawai menerima laporan berhubung kejadian itu daripada penduduk di pasar tersebut. 

“Polis menahan seorang wanita yang membeli-belah di Pasar Patra menggunakan wang palsu,” kata Ganda.

Tambahnya, selepas diperiksa, ternyata wang yang digunakan oleh wanita itu adalah wang palsu.

“Penduduk menyerahkan empat keping wang kertas 100,000 rupiah (RM25) yang disyaki wang palsu. Kami kemudian membawa warga emas itu ke balai polis untuk disoal siasat,” jelasnya.

Siasatan mendedahkan bahawa wanita berkenaan adalah penjual sayur. 

“Dia diketahui membeli-belah di Pasar Patra bagi membeli barang untuk dijual semula,” tambah Ganda.

Katanya, beberapa saksi menyatakan bahawa wanita itu dilihat membeli-belah di Pasar Patra sebanyak beberapa kali. 

“Kami masih menyiasat kenyataan saksi,” ujarnya.

Tambah Ganda, wang palsu yang digunakan oleh wanita itu dibeli daripada orang tidak dikenali yang menawarkan wang tersebut pada harga rendah. 

“Dia mengaku membelinya daripada seseorang. Dia terpedaya untuk membeli wang palsu itu,” jelas Ganda.

Polis kini memburu individu yang menjual wang palsu tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN