PERTAMA kali mendengar istilah kemiskinan haid ataupun period poverty membuatkan Annsley Dashawna Stephen tertanya-tanya tentang maksudnya. Dia mendengar istilah tersebut setelah terlibat dalam program Parlimen Wanita Muda pada empat tahun lalu. Kemudian, gadis berusia 26 tahun itu membuat penyelidikan sendiri untuk memahami isu ini dengan lebih mendalam. “Melalui pembacaan dan kajian, barulah saya sedar bahawa kemiskinan haid bukan sekadar tentang kekurangan tuala wanita atau produk haid. “Tetapi ia turut merangkumi isu lain seperti kekurangan pendidikan mengenai haid dan kebersihan diri,……















