fbpx
Guan Eng menghadiri Majlis Perasmian UTC Seberang Perai di Penang Sentral, Butterworth, Pulau Pinang Baru-baru ini.

UTC Seberang Perai bukti kesungguhan kerajaan – Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seberang Perai di Penang Sentral, Butterworth, Pulau Pinang membuktikan kesungguhan kerajaan memodenkan sistem perkhidmatan awam supaya lebih efisien, inklusif dan mesra rakyat.

Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, UTC Seberang Perai menandakan satu lagi kejayaan penting dalam usaha Kerajaan Perpaduan memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam selaras dengan komitmen mendekatkan perkhidmatan awam kepada rakyat.

“Bersama-sama kita terus melangkah ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih baik demi memastikan setiap lapisan masyarakat menikmati kemudahan kerajaan dengan lebih mudah dan cepat.

“Semoga UTC di Penang Sentral memberi manfaat besar kepada rakyat dan warga Seberang Perai secara keseluruhannya,” katanya dalam satu hantaran di media sosial semalam.

Guan Eng berkata, UTC Seberang Perai yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 November lalu merupakan UTC ke-24 di seluruh negara dan antara yang paling moden serta lengkap setakat ini.

Menurut beliau, projek bernilai RM40 juta itu beroperasi di tingkat tiga dan empat Penang Sentral dengan keluasan kira-kira 60,600 kaki persegi.

Kata beliau, pusat itu menempatkan sembilan jabatan kerajaan utama yang beroperasi setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad dari pukul 8 pagi hingga 9 malam.

“Turut disediakan ‘24-hour Kiosk Madani’ yang menawarkan perkhidmatan layan diri bagi enam agensi utama tanpa perlu menunggu waktu operasi pejabat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN