fbpx
Gambar hiasan.

Pemuda lemas: Pasukan penyelamat berjalan kaki 2 jam 30 minit ke lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Seorang lelaki berusia 27 tahun lemas, manakala seorang wanita selamat selepas mandi di kawasan rekreasi Lata Medang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada seorang wanita pada pukul 5.25 petang.

Katanya, pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan pasukan perubatan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Namun, perjalanan ke kawasan itu mengambil masa dua jam setengah dengan berjalan kaki kerana laluannya berbukit dan mencabar.

“Maklumat awal mendapati mangsa lelaki dan wanita berusia 22 tahun ditemukan oleh pasukan penyelamat pada pukul 7.10 malam. Ketika ditemukan, mangsa lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa wanita dibawa keluar dan tiba di tempat berkumpul pada pukul 10.47 malam sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata, mangsa lelaki pula dibawa turun pada pukul 12.17 tengah malam, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Mayatnya dihantar ke unit forensik hospital sama untuk dibedah siasat.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri, manakala empat wanita terselamat dalam kejadian lemas di Lubuk Merchu, Bukit Kutu petang semalam.

Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.59 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI