SENI ukiran Melayu merupakan salah satu warisan budaya yang menonjol dalam khazanah seni tradisional Malaysia. Ia bukan sekadar elemen hiasan, tetapi juga memuatkan nilai estetika, simbolik dan falsafah kehidupan masyarakat Melayu sejak berabad-abad lamanya. Dari motif flora dan fauna, corak geometri, hingga kaligrafi Islam, setiap ukiran membawa cerita dan makna tersendiri, mencerminkan identiti dan kreativiti pengukirnya. Baru-baru ini, orang awam berpeluang menelusuri keindahan seni ini melalui Pameran Nuansa Ukiran Kayu Melayu 2.0: Legasi Adiguru di Muzium Etnografi Melayu, Akademi Pengajian……














