fbpx
EDDIE dan Black akan beraksi dalam konsert Pentas Barbarik Live di Odeon Kuala Lumpur pada 12 Disember ini.

Keluar Wings, Eddie, Black masuk Barbarik ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKAN lagi teka-teki, bekas anggota Wings, Eddie dan Black sah menyertai kumpulan Barbarik yang bakal beraksi di Odeon Kuala Lumpur pada 12 Disember ini.

Lebih sebulan mengunci mulut sebaik mengumumkan pengunduran diri, akhirnya dua pemuzik otai itu mengikuti seorang lagi bekas ahli Wings, Jo Branko.

Khabar itu dikongsikan dalam Facebook Rejim Barbarik yang memuat naik video kedua-dua mereka sedang beraksi disusuli poster Pentas Barbarik Live @Odeon KL.

Sekali gus, gabungan semula bersama Jo dan Mus itu dianggap sebagai momen dinantikan kaki rock yang ingin ‘turun’ ke gelanggang persembahan itu nanti.

Diva pun tak sabar tunggu momen itu, cuma belum dipastikan Eddie dan Black sebagai anggota kekal Barbarik atau ini untuk projek khas sahaja. Tapi tak kisahlah, janji mereka sama-sama serasi dan peminat gembira.

DIVA: Tak sabar juga tunggu konsert ulang tahun ke-40 Wings 28 November ini, dengarnya bukan calang-calang pemuzik yang menggantikan tempat Black dan Eddie.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN