fbpx
MUHAMMAD DHAIAUDDIN (tengah) berkongsi kegembiraan bersama isterinya, Siti Sarah serta keluarganya sele[as menerima PhD sempena Majlis Konvokesyen UTM ke-69 di UTM, Skudai, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Imam muda genggam PhD biarpun berdepan masalah pendengaran, pita suara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Biarpun berdepan dengan cabaran masalah pendengaran sebelah telinga kiri sejak kecil tidak mematahkan semangat seorang imam muda menempuh perjalanan menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pendidikan Tahfiz pada Majlis Konvokesyen ke-69 Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini hari ini.

Lebih manis, Dr. Muhammad Dhiauddin Ahmad Termizi, 29, yang berasal dari Temerloh, Pahang itu turut dianugerahkan sebagai Pelajar Terbaik Pascasiswazah dan merupakan satu-satunya graduan PhD dari Fakulti Sains Sosial menerima anugerah tersebut.

Imam Masjid Kangkar Pulai di sini membuktikan kekurangan diri bukan penghalang mengejar impian. Menimba ilmu sehingga ke peringkat tertinggi.

“Sejak kecil lagi saya ada masalah pendengaran sebelah kiri, mula dapat tahu bila dengar orang panggil dari jauh saya tidak dapat memastikan panggilan itu datang dari mana. Pada usia 20 tahun, baru saya dapatkan rawatan lanjut dan doktor sahkan yang saraf bahagian telinga kiri saya bermasalah dan pada masa itu saya mohon kad orang kelainan Upaya (OKU).

“Walaupun saya ada kekurangan itu tetapi tidak pernah mematahkan semangat saya untuk menimba ilmu ke menara gading, Saya belajar di dua maahad tahfiz di Pahang sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di UTM.

“Lepas habis ijazah saya dapat peluang sambung belajar program lanjutan terus (fast track) ke peringkat PhD dalam bidang Pendidikan Tahfiz,’katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen ke-69 UTM di Dewan Sultan Iskandar, UTM di sini hari ini.

Menurutnya, ekoran daripada masalah pendengaran yang dihadapinya, Muhammad Dhiauddin diuji lagi dengan masalah pita suara sepanjang empat tahun menyiapkan tesis.

“Suara saya cepat penat. Kadang bila berada dalam majlis besar, saya pilih diam, kecuali jika ada perkara penting yang perlu saya sampaikan, secara jujurnya masalah ini menyebabkan saya rasa tertekan dan rendah diri,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI