fbpx
Sultan Nazrin (tengah) menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2025 di Kuala Kangsar hari ini.

Hujan renyai tidak halang kemeriahan Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – Hujan renyai dan cuaca mendung tidak menghalang kemeriahan Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2025 dengan penyertaan lebih 9,500 peserta.

Peserta pelbagai peringkat usia hadir seawal pukul 5 pagi dengan ada dalam kalangan mereka mencuri perhatian apabila tampil dengan kostum anime, baju tradisional, pakaian sekolah serta watak Husin dari filem Hantu Kak Limah.

Suasana bertambah gamat apabila larian peserta diiringi sorakan para pengunjung yang memberi suntikan semangat untuk mereka memulakan larian.

Kemeriahan acara itu turut diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli ke acara berkenaan.

Terdahulu, Sultan Nazrin turut ber­kenan menyempurnakan upa­cara pelepasan 5,000 peserta bagi ka­tegori 15 kilometer dan 4,500 peserta untuk larian 10 kilometer dan tujuh kilometer.

Pelepasan peserta bagi kategori orang kenamaan yang menaiki kenderaan khas dan disertai baginda berdua, anakanda serta Raja Iskandar Dzulkarnain pula disempurnakan oleh adinda Sultan Nazrin, Raja Datuk Seri Yong Sofia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI