NEW DELHI – Seorang wanita di negeri Chennai cedera selepas seekor harimau bintang melompat ke arah sebuah bas safari di Taman Negara Bannerghatta, lapor laman berita The Indian Express semalam.
Haiwan itu kemudian mencakar mangsa melalui ruang kecil pada tingkap yang ditutup dengan jaring besi.
Wanita berusia 56 tahun dikenali sebagai Vahitha Banu diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta di Jigani, di mana doktor-doktor berkata, keadaan mangsa adalah stabil.
“Dia mengalami kecederaan calar pada tangan tetapi keadaannya baik,” kata seorang pegawai tempatan.
Menurut pengurusan Taman Negara Bannerghatta, pemandu bas sudah dimaklumkan supaya mematuhi protokol keselamatan susulan insiden melibatkan harimau bintang sebelum ini.
Selepas kejadian pada Khamis lalu, taman berkenaan menggantung semua operasi bas safari tanpa penyaman udara sehingga semua kenderaan menjalani dan lulus pemeriksaan keselamatan penuh. – AGENSI















