fbpx
HAALAND terus mencipta sensasi apabila meledak dua gol ketika membantu Norway mencatat kemenangan ke atas Estonia awal pagi semalam. - AFP

WCQ: Norway hampir akhiri penantian 25 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

OSLO – Norway makin menghampiri pentas Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 25 tahun selepas menewaskan Estonia 4-1 pada aksi Kumpulan I kelayakan Piala Dunia 2026, awal pagi semalam.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan mereka selaku pendahulu di mana agak sukar untuk pasukan gergasi, Itali mencipta kejutan bagi mendapatkan slot automatik daripada Kumpulan I apabila memerlukan kemenangan besar bertemu Norway pada aksi terakhir.

Pengendali Norway, Stale Solbakken sedar beban psikologi yang sedang ditanggung anak buahnya kerana negara itu sudah lama gagal layak ke kejohanan utama termasuk tidak layak ke Euro 2024.

Solbakken menjelaskan agak sukar untuk pemainnya berdepan segala cabaran yang dihadapi pasukan sepanjang kempen kelayakan kali ini, malah hanya mampu mencipta dua percubaan tepat pada separuh masa pertama ketika aksi berdepan Estonia itu.

“Saya katakan kepada pemain, kamu memerlukan jurulatih pada tempoh rehat separuh masa,” katanya yang berjaya memberikan suntikan semangat untuk memastikan Norway kembali garang di babak kedua.

Terdahulu, Norway berdepan kesukaran untuk mendapatkan gol pembukaan di babak pertama sebelum Alexander Sorloth and Erling Haaland masing-masing meledak dua gol, manakala jaringan tungga Estonia dijaringkan Robi Saarma.

Norway seakan sudah meletakkan sebelah kaki ke pusingan akhir apabila Itali memerlukan magis untuk aksi terakhir nanti menerusi kemenangan besar luar biasa untuk layak.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN