fbpx
Tangkap layar video menunjukkan wanita bertudung itu berjalan pada waktu malam tanpa memakai seluar. - Kompas

Polis siasat wanita bertudung jalan tanpa seluar waktu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Bangkalan, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam berjalan tanpa memakai seluar pada waktu malam, lapor laman berita Kompas. 

Kejadian berlaku di Jalan Kinibalu, Desa Bilaporah semalam. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan wanita bertudung hitam itu sedang berjalan sambil menarik bajunya untuk menutup bahagian bawah. 

Wanita itu tidak keseorangan, bahkan terdapat beberapa lelaki yang bersembunyi di kawasan semak.

Ketua Persatuan Polis Pamong Praja Bangkalan, Moh Hasbullah berkata, jalan itu sunyi pada waktu malam kerana jauh dari kawasan perumahan. 

“Mereka disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh sebelum disedari oleh pemandu yang menggunakan laluan itu, menyebabkan wanita tersebut cuba melarikan diri. 

“Susulan kejadian itu, pasukan polis akan meningkatkan rondaan,” kata Moh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN