fbpx
Gambar hiasan.

Penduduk Johor, Sarawak berdepan hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Johor serta beberapa kawasan lain di Sarawak dijangka bakal berdepan cuaca buruk sehingga pukul 3 petang ini.

Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Mersing dan Kota Tinggi di Johor ketika ini.

Seterusnya, di Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) turut dinasihatkan berjaga-jaga dengan amaran cuaca buruk itu. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN