fbpx
GAMBAR fail seekor anak kucing dalam kurungan. - Foto AFP

Lelaki disyaki letak anak kucing dalam ‘microwave’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPEI – Seorang lelaki di Taiwan disyaki mendera anak kucing selepas satu rakaman video dimuat naik ke dalam akaun media sosialnya, lapor portal berita MSNews semalam.

Rakaman itu memaparkan dia memasukkan anak kucing tersebut ke dalam ketuhar gelombang mikro.

Namun, lelaki itu mendakwa bahawa akaunnya telah digodam. 

Polis mengesyaki bahawa video tersebut mungkin dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Polis Taiwan sedang menyiasat kes tersebut.

Menurut portal berita ETtoday, pihak berkuasa pertama kali dimaklumkan mengenai kes itu apabila seorang ahli majlis perbandaran Kaohsiung menerima aduan daripada orang awam pada akhir Oktober lalu.

Apabila anggota-anggota polis membuat pemeriksaan di rumah lelaki itu, mereka hanya menemui sebuah sangkar kosong. 

Kucing mahupun ketuhar gelombang mikro yang dilihat dalam video tersebut tidak dijumpai.

Walaupun tiada bukti penderaan haiwan ditemui, lelaki itu mengaku bahawa dia pernah mengambil sekurang-kurangnya empat ekor kucing sebelum melepaskannya di taman. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN