PUTRAJAYA – Mana-mana peminjam yang gagal melunaskan pinjaman mengikut tempoh ditetapkan akan ditawarkan menjadi ‘orang suruhan’ along sebagai cagaran untuk menyelesaikan hutang mereka. Ketua Perunding Unit Banteras Ahlong, Pusat Pengajian al-Quran dan Fardhu Ain DM, Adam Mustapa berkata, tawaran itu biasanya dibuat along kepada peminjam yang membuat pinjaman rendah di bawah RM1,000. “Kalau pinjaman kecil, biasanya along akan sasar mereka untuk jadi ‘barua’ bagi melakukan kerja-kerja ugutan jika gagal membayar hutang. “Sebagai contoh, mangsa meminjam RM300, tetapi dia hanya akan…














