fbpx
Khairul Azhar

Bot karam: Tiada migran terlepas ke darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Polis mengesahkan tiada saki baki migran yang terlepas ke darat susulan insiden bot karam di sempadan perairan Malaysia-Thailand, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, pihaknya sejak semalam juga tidak menerima sebarang maklumat atau laporan daripada orang awam terutama nelayan mengenai penemuan mangsa baharu.

“Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) pada semalam tidak menemui mangsa selamat atau mayat dan hari ini, operasi memasuki hari ketujuh,” katanya ketika ditemui di Jeti APMM Bukit Malut di sini hari ini.

Katanya, pemantauan dilakukan di sekitar pulau-pulau di perairan ini juga tidak menemukan sebarang petunjuk tentang keberadaan migran di situ.

“Kita juga tidak mengesan kehadiran sebuah lagi bot yang dikatakan membawa 230 migran lain,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, operasi carilamat yang masuk hari ketujuh hari ini disambung pada pukul 7.30 pagi tadi.

“Aset yang terlibat adalah KM Tenggol, Petir 81, KD Laksamana Mohammad Amin dan PSC 19,” katanya.

Tambahnya, keluasan keseluruhan sektor pencarian sepanjang enam hari operasi sebelum ini adalah sebanyak 1,355.13 batu nautika persegi melibatkan enam agensi iaitu Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Perikanan.

“Pada hari ini keluasan sektor pencarian adalah sebanyak 33.86 batu nautika persegi melibatkan empat aset sahaja yang terlibat iaitu APMM, PPM dan TLDM bagi mengoptimumkan penggunaan sumber. Aset lain seperti JBPM, APM dan agensi sokongan berada dalam mod bersedia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN