fbpx
Anwar menerima panggilan telefon daripada Manet dan Charnvirakul malam tadi.

PM Thailand, Kemboja cari penyelesaian damai 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul memberikan maklum balas positif serta menegaskan komitmen untuk mencari penyelesaian damai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua pemimpin itu seterusnya mengatakan akan mematuhi perkara yang dipersetujui dalam Perjanjian Damai Kuala Lumpur.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan menerusi panggilan telefon untuk membincangkan perkembangan usaha damai susulan insiden terkini di sempadan kedua-dua negara.

“Alhamdulilah, kedua-duanya memberikan maklum balas positif serta menegaskan komitmen untuk mencari penyelesaian damai, seterusnya mematuhi perkara yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Damai Kuala Lumpur.

“Saya menegaskan pendirian Malaysia untuk melihat persahabatan dan gencatan senjata antara kedua-dua negara diperkukuh selaras persefahaman yang termeterai di Kuala Lumpur hujung bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan di laman X malam tadi.

Anwar berkata, pihaknya juga menyatakan kesediaan Malaysia untuk terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam merintis jalan damai ini.

“Kedua-dua Perdana Menteri turut menyampaikan penghargaan atas pendirian Malaysia serta peranan yang kita galas, bukan sahaja sebagai Pengerusi ASEAN tetapi juga selaku sahabat dan jiran serantau yang mendambakan keamanan.

“Semoga kedua-dua negara terus menunjukkan kesungguhan dan keberanian untuk mengembalikan kestabilan di perbatasan demi keamanan yang berkekalan di rantau ini, dan demi keselamatan rakyat kedua-dua negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN