fbpx
Mohd. Uzir

Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus suku ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus pada suku tahun ketiga 2025, lebih tinggi daripada 4.4 peratus bagi tempoh separuh tahun pertama.

Secara keseluruhan, prestasi ekonomi bagi sembilan bulan pertama 2025 meningkat 4.7 peratus, berbanding 5.2 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, momentum ekonomi Malaysia bertambah kukuh pada suku tahun ketiga 2025 didorong oleh pengembangan dalam semua sektor, khususnya sektor Perkhidmatan, Pembuatan serta Perlombongan & Pengkuarian.
“Ekonomi domestik terus disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang memberangsangkan dan aktiviti berkaitan pelancongan mencatatkan peningkatan ketara terutamanya semasa cuti umum dan cuti persekolahan.

“Langkah dasar monetari menyumbang kepada pengukuhan aktiviti ekonomi domestik, susulan keputusan Bank Negara Malaysia untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.

“Keadaan guna tenaga yang kukuh, harga pengguna yang stabil dan bantuan tunai oleh kerajaan melalui Sumbangan Asas Rahmah (Sara) telah meningkatkan kuasa beli isi rumah,” katanya pada sidang akhbar Prestasi Ekonomi Suku Ketiga Tahun 2025 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia di sini sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN