fbpx
Anggota bomba mengangkat mayat Adam Arief dan Muhammad Hazmi yang maut akibat lemas di Lata Desa Warisan, Pelong, Setiu hari ini

Air berpusar punca dua pelajar IPG mati lemas di Pelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit yang lemas di Lata Desa Warisan, Pelong di sini dikenal pasti sebagai Adam Arief Jazlansanadi dan Muhammad Hazmi Othman.

Kedua-dua mangsa berusia 19 tahun masing-masing berasal dari Taman Melewar, Kuala Lumpur dan Zon Sejora, Sungai Petani, Kedah.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, kedua-dua mangsa mengunjungi kawasan perkelahan terbabit bersama 24 rakan sekelas lain dari kampus IPG tersebut di Batu Rakit, Kuala Nerus dekat sini untuk program kelas.

“Sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan duduk di batuan yang terletak di tebing sungai sambil melihat tiga rakan mereka yang lain mandi.

“Adam Arief dikatakan tiba-tiba tergelincir sebelum terjatuh ke dalam sungai pada pukul 11.15 pagi. Dua rakannya termasuk Muhammad Hazmi terjun untuk menyelamatkan namun sama-sama lemas,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, Adam Arief dan Muhammad Hazmi dipercayai lemas kerana termasuk dalam kawasan air berpusar.

Beliau berkata, mayat Muhammad Hazmi ditemui orang awam pada pukul 12.05 tengah hari, manakala Adam Arief kira-kira 50 minit kemudian.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI