fbpx
Bekas penjaga gol Kelantan FA yang ditahan selepas dipercayai menembak mati seorang lelaki di Sungai Golok, Thailand pada 1 November lalu.

Suspek kedua kes tembak Sungai Golok juga ada dua kerakyatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MACHANG – Suspek kedua dalam kejadian seorang rakyat Malaysia maut ditembak dengan 18 das tembakan di Sungai Golok, Thailand pada 1 November lalu dipercayai turut mempunyai dua kerakyatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa lelaki yang masih bebas itu berada dalam buruan polis di Thailand.

“Kita sudah sudah bekerjasama dengan polis Thailand untuk membantu mengesan suspek terbabit di sini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Town Hall Discussion Ketua Polis Kelantan 2025: Waspada Jenayah Dadah dan Jenayah Siber di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang di sini hari ini.

Terdahulu, Komander Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotsakha mengesahkan bekas penjaga gol Kelantan FA yang ditahan selepas menjadi suspek utama kes tembak seorang lelaki di Sungai Golok, Thailand mempunyai dua kerakyatan.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan dendam dan hutang lama dipercayai menjadi motif mangsa, Mohd. Fuad Fahmie Ghazali, 33, ditembak sebanyak 18 das sehingga meninggal dunia dalam kejadian itu.

Menurutnya, suspek ditahan reman selama 80 hari bermula 1 November lalu untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI