fbpx
Muhammad Khalil

Sembilan masjid Terengganu digazet lokasi hukuman sebat syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu menggazetkan sembilan masjid di seluruh negeri ini sebagai lokasi rasmi pelaksanaan hukuman sebat mengikut hukum syarak di luar penjara yang telah berkuat kuasa 20 November tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, penetapan lokasi tersebut telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Sultan Mizan Zainal Abidin dan diluluskan mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

“Dua masjid dipilih di Kuala Terengganu, iaitu Masjid Abidin dan Masjid Al-Muktafi Billah Shah manakala satu masjid masing-masing di tujuh daerah lain.

“Lokasi ini dipilih bagi memudahkan pengurusan serta memastikan proses pelaksanaan hukuman mengikut tatacara ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan lisan tambahan Ghazali Sulaiman (Pas-Bukit Besi).

Muhammad Khalil berkata, masjid lain yang turut diwartakan ialah Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Nerus; Masjid Sultan Ahmad, Kemaman; Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun; Masjid Nasiruddin Shah, Besut; Masjid Ajil, Hulu Terengganu; Masjid Kelulut, Marang dan Masjid Bandar Permaisuri, Setiu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI