fbpx
Penumpang berkenaan tidak menyukai muzik yang dimainkan di dalam teksi. - East2West

Selepas acu parang, penumpang minta turun di kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Seorang pemandu teksi di Russia berdepan detik cemas apabila dia diacu parang oleh penumpang wanita yang tidak menyukai lagu dimainkan di dalam kenderaan, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Dalam satu rakaman video, penumpang wanita dipercayai berusia dalam lingkungan 50-an itu duduk di kerusi belakang ketika muzik rancak dimainkan di dalam teksi.

Tanpa memberi sebarang amaran, dia secara tiba-tiba mengeluarkan sebilah parang lalu mengacukannya ke arah pemandu teksi.

“Saya tidak suka muzik seperti ini,” kata penumpang berkenaan.

“Saya faham, saya faham. Saya tukar sekarang,” kata pemandu teksi tersebut.

Wanita itu kemudian menyimpan semula parang tersebut sambil berkata: “Buka muzik ‘chanson’.”

Bagi rakyat Russia, ‘chanson’ bermaksud apa sahaja daripada lagu-lagu penyair dan balada hinggalah pop sentimental atau romantis. Genre itu sering dikaitkan dengan lagu-lagu dunia jenayah.

Tiada insiden keganasan berlaku, manakala penumpang dari Bandar Samara itu diturunkan di sebuah kawasan perkuburan.

Polis berkata, pemandu tersebut belum membuat aduan rasmi, tetapi pihaknya kini menyiasat kejadian itu selepas video tersebut menjadi tular. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI