fbpx
Majlis perkahwinan berlangsung meriah dengan hantaran mewah. - TikTok

Ratusan pengiring bawa hantaran, mas kahwin hampir setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan menjadi perhatian pengguna media sosial kerana menampilkan beratus-ratus pengiring yang membawa dulang hantaran di samping mas kahwin berupa barangan kemas bernilai 2 bilion rupiah (RM494,000), lapor portal berita Wolipop semalam.

Dalam video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, majlis perkahwinan tersebut dilihat berlangsung meriah ketika anggota pengiring memasuki dewan.

Mereka memakai pelbagai jenis baju mengikut adat tempatan di samping pengantin yang diiring di bawah payung emas berbentuk segi empat.

Menurut  Marsyita Azzahra yang memuat naik video tersebut, majlis itu diadakan di sebuah hotel pada 12 Oktober lalu.

Katanya, pengantin lelaki yang bernama Afdal, ialah anak kepada pemilik sebuah syarikat jentera berat yang digelar ‘orang kaya Kolaka’.

“Ketika akad nikah pada waktu pagi, pengantin lelaki menyerahkan perhiasan emas lengkap bernilai 2 bilion rupiah sebagai mas kahwin,” kata Marsyita.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Kalau zaman dahulu, bukan sembarang orang boleh menggunakan payung segi empat begitu. Mereka perlu benar-benar memiliki darah keturunan bangsawan Bugis,” kata seorang pengguna media sosial.

“Hebat suku kaum Makassar,” kata netizen lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN