fbpx
Fadil

Namewee dibebaskan, kertas siasatan dirujuk semula ke PPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan melibatkan pengarah dan penyanyi kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee sudah dirujuk semula ke Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, setakat ini, Namewee dibebaskan dengan jaminan polis bermula hari ini hingga 26 November ini sementara menunggu laporan bedah siasat lengkap.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke PPN hari ini dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa diperolehi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan, tiada bukti mengaitkan Namewee berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan berkenaan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar dilapor berkata, sehubungan itu, Namewee akan dilepaskan dengan jaminan polis.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Namewee direman enam hari sehingga Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan.

Reman terhadapnya kemudian dilanjutkan selama tiga hari bermula kelmarin hingga hari ini.

Terdahulu, penyanyi berusia 42 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 5 November lalu bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Fadil dilaporkan berkata, kes tersebut pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes itu susulan kematian pempengaruh wanita Taiwan berusia 31 tahun yang ditemukan tidak bernyawa di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN