fbpx
Tangkap layar hantaran di Threads memaparkan keadaan ruang pejabat yang dipenuhi asap selepas kejadian tersebut berlaku.

Kerja belum sebulan, nyaris ‘bakar’ pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi detik cemas apabila ‘power bank’ atau pengecas bateri miliknya tiba-tiba terbakar sehingga menyebabkan ruang pejabat dipenuhi asap.

Menerusi perkongsian video di Threads oleh @itsmefihaa, kelihatan suasana pejabat dipenuhi asap tebal selepas kejadian itu berlaku.

“Simpan sini untuk kenangan. Kerja tidak sampai sebulan, sudah buat pejabat hampir terbakar,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurutnya di ruangan komen, kejadian itu berlaku ketika dia sedang mengecas ‘power bank’ di atas meja berhampiran komputer riba.

“Saya tengah cas dekat tepi laptop (komputer riba), dalam 10 minit macam tu, tiba-tiba terbakar. Nasib baik tidak meletup, kalau tidak habis muka cedera,” katanya.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang turut meluahkan rasa bimbang dan ada juga yang berseloroh berkenaan situasi itu.

“Kalau tak mahu kerja pun janganlah sampai bakar pejabat,” komen @dantheli0n

“Seramnya. ‘Power bank’ kita lebih kurang sama. Harapnya tidak jadi macam ni,” kata Mim.

“Saya pun pernah hampir alami macam ni. Tertinggal ‘power bank’ di pejabat semalaman sambil cas, nasib baik tidak ada apa-apa berlaku,” komen @haylly.yy – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN