KUCHING – Satu penemuan luar biasa direkodkan apabila kelawar spesies jarang ditemui Northern Free-tailed (Mops johorensis) dikesan di Imbak Canyon, Sabah serta Lubok Antu dan Gunung Penrissen di Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam kenyataan bersama berkata, spesies kelawar itu tidak pernah dijumpai di Borneo sejak pertama kali direkodkan pada 1873. Sebelum ini Mops johorensis hanya diketahui wujud di Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Thailand. Penemuan itu bukan sahaja memperluas kawasan taburan spesies tersebut, malah menandakan…














