fbpx
Anna selesa bekerjasama dengan Baim buat kali kedua menerusi filem Sukma yang mendapat sambutan hebat daripada penonton

‘Kalau tak selamat, selesa, memang saya takkan buat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KALI kedua membintangi filem arahan pengarah sama, selalunya seseorang pelakon itu pasti akan dilabel sebagai anak emas.

Tidak terlepas daripada dilabel sebegitu, Anna Jobling menangkis dakwaan itu dengan menegaskan pemilihannya dalam filem kedua seram Baim Wong iaitu Sukma adalah disebabkan hasil kerja keras sendiri.

Pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu berkata, menjaga disiplin diri adalah kunci utama dan perkara tersebut yang dipraktikkannya sejak bergelar anak seni sehingga berjaya menembusi pasaran Indonesia.

“Nombor satu adalah disiplin, jangan lambat masuk set penggambaran dan lakukan semua kerja secara profesional.

“Saya juga sentiasa merendah diri dan menjalin hubungan baik dengan semua orang yang ada di set penggambaran termasuk kru produksi serta pihak katering bagi mewujudkan keselesaan.

“Berikan hasil kerja yang terbaik dan lakukan secara serius sebab nak dapatkan peluang itu sangat sukar,” katanya kepada HibGlam.

Mengenai dilabel sebagai anak emas Baim, pelakon berusia 25 tahun itu menjelaskan tawaran filem Indonesia bukan hanya daripada Baim sahaja, sebaliknya ada beberapa naskhah bersama pengarah lain.

“Ini semua rezeki dan dia nampak potensi saya. Tak baik cakap macam itu, jahat mulut.

“Sebenarnya ada filem lain saya berlakon, bukan dengan Baim sahaja seperti Laut Tengah yang ditayangkan tahun lalu.

“Tiada istilah ambil kesempatan atau merayu minta diambil berlakon. Tambahan pula saya memang selesa bekerja dengan pasukan produksinya,” ujar bintang filem Lembayung yang juga arahan Baim.

Sukma

Bercerita lanjut mengenai Sukma yang turut dibintangi Luna Maya, Christine Hakim dan Fedi Nuril, dia menyifatkan naskhah tersebut mengetengahkan elemen seram berbeza.

“Jalan cerita ini sangat ‘best’ dan seramnya berbeza. Para pelakon juga bukan calang-calang dan mereka tak pernah biarkan saya rasa keseorangan di set penggambaran.

“Memang gemuruh perlu bekerja dengan nama-nama besar tetapi mereka buat saya rasa seperti berada di rumah. 

“Mereka sangat merendah diri dan selalu ajak saya keluar bersama pada hari yang tiada penggambaran,” katanya lagi.

Dalam masa sama, dia juga turut memuji Baim yang disifatkan sebagai pengarah yang sentiasa menerima pandangan pelakon dan banyak mengajarnya di set penggambaran.

“Bekerja dengan Baim untuk kali kedua satu pengalaman yang menyeronokkan. Dia bukan pengarah yang duduk depan monitor sahaja dan tahu apa yang diinginkan 

“Kalau saya tak faham apa-apa, dia dan pelakon lain akan jelaskan dengan terperinci. Satu pengalaman berbeza buat saya kali ini,” jelasnya yang bakal muncul dengan filem Duyung tidak lama lagi.

Jika dalam Lembayung dia rela digantung selama beberapa jam, Sukma pula menyaksikan Anna rela diseret atas tanah oleh Christine.

Ujarnya, perkara tersebut adalah atas kerelaannya sendiri bagi merasakan kepuasan untuk lakonan sendiri.

“Itu adalah satu pengalaman yang tidak selalu dapat dan saya memang suka buat aksi ‘stunt’ sendiri cuma keselamatan tetap diutamakan.

“Kalau rasa tak selamat dan kurang selesa, saya tidak akan buat dan selalunya memang akan berlatih terlebih dahulu.

“Untuk Sukma, tiada kecederaan serius cuma bahagian hidung bengkak dan merah selepas lakukan babak dihentak pada bingkai kaca, mungkin saya salah teknik,” jelasnya yang baru memenangi Outstanding Asian Star di Seoul International Drama Awards (SDA) 2025 bulan lalu.

Sukma yang merupakan filem seram kedua Baim dan terbitan Tiger Wong Entertainment tersebut mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Oktober lalu.

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI