fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat di Kedah, Pahang pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran ribut petir di empat buah negeri.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu melibatkan Kedah di Langkawi manakala Pahang membabitkan daerah Rompin.

“Cuaca sama turut dijangka berlaku di Johor melibatkan daerah Mersing,” katanya.

Selain itu, cuaca buruk turut diramal melanda beberapa daerah di Sarawak termasuk Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei), Mukah (Tanjung Manis), Bintulu (Tatau dan Bintulu) serta Miri (Subis, Miri dan Marudi). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI