fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sekumpulan wanita berjoget di perkarangan sebuah masjid semalam. - TikTok

Geng ‘makcik’ zumba di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sekumpulan wanita di Enggal, wilayah Lampung menerima kecaman orang ramai kerana melakukan senaman zumba di pekarangan sebuah masjid sambil memakai pakaian ketat, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku dekat  Masjid Al-Bakrie semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan wanita-wanita itu berjoget mengikut rentak muzik yang rancak. 

Selain mengenakan baju dan seluar  ketat, ada antara mereka yang tidak memakai tudung.

Rakaman itu mencatatkan lebih 352,000 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial. 

“Saya beruntung kerana hobi ibu bapa saya adalah pergi ke sawah,” kata seorang netizen. 

“Kelakuan tidak mencerminkan usia,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN