fbpx
Zaliha di Parlimen hari ini. - Foto JAPEN

Dua petak parkir satu rumah kurangkan kesesakan perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penetapan dua petak parkir bagi pembangunan kediaman mengikut jenis kediaman dan harga jualan rumah berdasarkan garis panduan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat mengurangkan kesesakan di kawasan perumahan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, langkah itu selaras dengan sasaran Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 yang telah diwartakan pada 19 Oktober 2023 untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam kepada 70 peratus menjelang tahun 2040.

Beliau berkata, penetapan dua petak parkir itu dibuat mengikut jenis dan harga rumah, bagi memastikan keperluan tempat letak kereta mencukupi serta tidak menambah tekanan kepada kawasan perumahan sedia ada.

“Beberapa dasar perancangan juga telah digariskan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 dan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 bagi menangani isu kesesakan parkir di kawasan perumahan seperti menggalakkan pembangunan konsep transit-oriented develepoment (TOD) yang mengintegrasikan pembangunan berteraskan pengangkutan awam dan mobiliti mesra alam.

“Selain itu, kerajaan juga akan mengenal pasti dan merancang mekanisme baharu perkongsian tempat letak kereta bagi pembangunan perumahan dengan pembangunan perdagangan seperti pejabat,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PH–Bandar Tun Razak) berhubung keberkesanan dasar perancangan bandar yang menetapkan dua petak parkir bagi setiap unit kediaman mampu menangani isu kesesakan parkir di kawasan perumahan khususnya di Kuala Lumpur yang semakin padat.

Selain itu Zaliha berkata, penggunaan ruang di bawah laluan LRT dan lebuh raya yang bersesuaian sebagai tempat letak kenderaan juga akan dioptimumkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI