fbpx
Mohd Shafie (tengah) bersama 73 calon Warisan sempena Majlis Penyampaian Watikah Calon-Calon Warisan pada Rabu. -Foto oleh IVAN AMIRUL

Warisan tanding semua 73 kerusi, 60 peratus muka baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

‎KOTA KINABALU – Parti Warisan mengumumkan bakal bertanding di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang berlangsung pada 29 November ini.

‎Pengumuman berkenaan dibuat Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sempena Majlis Penyampaian Watikah Calon-Calon Warisan sebentar tadi.

“Menerusi jumlah keseluruhan calon yang diumumkan, lebih 90 peratus adalah calon muka baharu, manakala 30 peratus pula terdiri daripada calon muda manakala lebih 10 peratus merupakan calon wanita.

‎‎”Kesemua calon yang dipilih telah melalui proses tapisan ketat dengan menekankan calon yang bebas kes rasuah. Kita tahu Warisan bukan parti yang banyak duit, kadang-kadang sewa bangunan Warisan ini pun tangguh bayarannya.

“Maka saya ingin nasihatkan kepada calon… kadang-kadang calon ini ada saya dengar mereka tidak turun padang, pelbagai masalah yang ada,” katanya.‎

‎Sementara itu, Shafie turut mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi disandangnya di DUN Senallang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI