fbpx
Antara deligasi UPTM dan UKM yang menyertai lawatan ke tiga buah universiti di Mexico.

UPTM jalin kerjasama akademik dengan tiga universiti Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) telah mengadakan jalinan kerjasama di tiga universiti utama di Mexico sempena meraikan hubungan diplomasi Malaysia dan Mexico yang terjalin sejak 50 tahun lalu.

Lawatan rasmi ke Mexico itu telah diketuai oleh Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Sharifah Syahirah Sy Sheikh dengan lima delegasi UPTM dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ia diadakan seiring dengan penganjuran The International Seminar 2025: “Transforming Society – Balancing Sustainability and Growth for Development” yang dianjurkan oleh Universidad de Ixtlahuaca CUI (CUI Ixtlahuaca) dengan kerjasama UPTM.

Sharifah berkata, lawatan itu memperkukuh komitmen UPTM dalam membina jaringan akademik di peringkat global terutamanya benua Amerika Latin.

“Lawatan rasmi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik UPTM yang menekankan pembangunan jaringan antarabangsa, penyelidikan berimpak tinggi dan peningkatan reputasi universiti di peringkat global.

“Dengan inisiatif ini, UPTM terus memantapkan kedudukannya sebagai universiti swasta Malaysia yang berdaya saing dan berpengaruh di arena antarabangsa,”ujarnya.

Menerusi lawatan itu juga, UPTM turut mengadakan pertemuan rasmi dengan tiga universiti terkemuka Mexico, iaitu Universidad Nacional Autónoma de México (UNAM), El Colegio de México (COLMEX) dan Universidad de Ixtlahuaca (CUI) bagi meneroka kerjasama akademik dan penyelidikan dua hala.

UNAM merupakan universiti terbesar dan tertua (diasaskan pada tahun 1951 dan dibuka semula pada tahun 1910) di Mexico yang mempunyai 370,000 pelajar dan 60,000 kakitangan yang juga merupakan UNESCO World Heritage site.

Ketiga-tiga institusi telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama terutamanya dalam program akademik, mobiliti pelajar, seminar webinar, dan penyelidikan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI