fbpx
Gambar kawasan tanah yang dikongsi di media sosial.

Tiga ekar tanah Mont Kiara berharga lebih RM93 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Satu ekar lebih RM30 juta, mahal betul tanah di kawasan sekitar Mont Kiara.”

Itu antara komen yang ditinggalkan pengguna berhubung satu iklan jualan tanah seluas tiga ekar bernilai lebih RM93 juta yang tular di media sosial.

Berdasarkan perkongsian di Facebook Jual Beli Tanah di Selangor, tanah tersebut bernilai RM93,305,502.

“Tanah kediaman ini berkeluasan tiga ekar dengan cerun lima peratus. Statusnya pegangan bebas (freehold) dan terbuka,” tulis seorang individu.

Difahamkan harga itu untuk kos tanah sahaja tidak termasuk kos pembangunan. Tanah itu juga bukan lot kosong kerana terdapat beberapa bangunan dan perumahan di kawasan tersebut.

Tanah tersebut kini diduduki secara ‘haram’ dan terdapat pihak tidak bertanggungjawab membina rumah setinggan di lokasi berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen termasuk bersetuju dengan pembangunan di kawasan tersebut.

“Oklah harga tu, semua orang tahu Mont Kiara kawasan elit, eloklah dibangunkan dari jadi setinggan warga asing,” kata Riba Hayyamus.

Turut meninggalkan komen pengguna dikenali sebagai Awalluddin Shariff yang mencadangkan penduduk setinggan supaya mengumpul wang untuk membeli tanah tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI