fbpx
P. Sri Ganes (kanan, depan) pada majlis menandatangani MoA bersama wakil daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025 baru-baru ini.

SG TVET mahu latih 1,000 belia dalam teknologi EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), SG TVET Group Berhad (SG TVET) semakin berinisiatif untuk melahirkan tenaga kerja mahir negara apabila memeterai kerjasama awam-swasta (PPP) baru-baru ini.

Ia adalah untuk melatih 1,000 belia dalam teknologi Kenderaan Elektrik (EV).

Kerjasama tersebut direalisasikan melalui pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025 dan disaksikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

Ketua Eksekutif SG TVET, Datuk P. Sri Ganes berkata, kerjasama strategik itu membuktikan komitmen syarikat terhadap pembangunan bakat yang kalis masa hadapan dan seiring keperluan industri.

“Gabungan kepakaran industri bersama rangkaian politeknik dan kolej komuniti seluruh negara membolehkan program berimpak tinggi dilaksanakan dengan lebih pantas.

“Inisiatif ini merangkumi latihan peningkatan kemahiran serta latihan semula tenaga kerja dalam bidang teknologi automotif baharu, termasuk penubuhan Pusat Termaju EV,” katanya dalam kenyataan di sini.

Selain itu, Sri Ganes menerangkan, penyelidikan bersama dan pembangunan produk turut dirangka bagi menyokong penerapan teknologi masa hadapan di Malaysia.

Menuurtnya, MoA itu disenarai pendek melalui penilaian ketat jawatankuasa induk PFOI sebelum dimeterai secara rasmi.

FOI 2025 menjadi platform penting yang merancakkan kerjasama industri dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN