fbpx
GAMBAR Mohammad Elham Yahya Luqman. - Foto Tangkap Layar/Instagram/@fuadbakh

Pendakwah minta maaf cium mulut kanak-kanak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Perbuatan seorang pendakwah bebas dari Kediri, wilayah Jawa Timur yang mencium kanak-kanak perempuan mendapat kecaman hebat daripada pengguna media sosial Indonesia, lapor saluran berita CNN Indonesia hari ini.

Timbalan Menteri Agama, Romo Muhammad Syafi’i berkata, tindakan Mohammad Elham Yahya Luqman atau lebih dikenali sebagai Gus Elham itu tidak wajar.

Muhammad Syafi’i menjelaskan bahawa Kementerian Agama mempunyai garis panduan yang tegas mengenai persekitaran mesra kanak-kanak di madrasah dan sekolah pondok melalui Perintah Bertulis Ketua Pengarah Pendidikan Islam.

“Terdapat Perintah Bertulis daripada Ketua Pengarah Pendidikan Islam berkaitan madrasah dan sekolah pondok mesra kanak-kanak yang pada asasnya memastikan agar pelajar mendapat hak mereka, selain dijauhkan daripada sebarang bentuk kekerasan atau perlakuan tidak sepatutnya,” ujar beliau.

Muhammad Syafi’i mengulas mengenai tersebarnya video pendakwah tersebut di media sosial yang menerima kecaman meluas daripada masyarakat.

Gus Elham kemudian menyampaikan permohonan maaf secara terbuka atas kekecohan yang timbul akibat video dirinya mencium kanak-kanak di atas pentas ketika sesi pengajian.

Dalam kenyataannya di akaun Instagram @fuadbakh, dia menyifatkan kejadian itu sebagai kekhilafan peribadi dan menegaskan komitmennya untuk memperbaiki diri.

Gus Elham juga berjanji untuk menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran berharga agar tidak berulang pada masa hadapan.

Dia turut menjelaskan bahawa video yang tular itu sebenarnya video lama yang telah dihapuskan daripada semua saluran rasminya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI